KUALA LUMPUR – Lim Guan Eng mendakwa operasi pejabat Lembaga Tabung Haji (TH) di Butterworth yang beroperasi lebih 30 tahun telah ditutup tanpa sebarang sebab.
”Adakah ianya satu kebetulan Pejabat Tabung Haji Butterworth yang ditutup itu berada dalam kawasan Parlimen mantan Menteri Kewangan ataupun satu kebetulan pejabat itu ditutup selepas Kerajaan Pakatan Harapan digantikan ekoran pengkhianatan mandat rakyat oleh bekas Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH)?
”Hakikatnya, semasa pentadbiran PH, tiada sebarang cadangan untuk menutup pejabat tersebut,” dakwa Guan Eng dalam satu kenyataan di sini.
Susulan penutupan operasi pejabat tersebut, Guan Eng mendakwa lebih 100 orang penduduk beragama Islam di Bagan telah menulis surat kepadanya saya memohon bantuan untuk meminta TH membuka semula pejabat di Butterworth itu.
Dakwa beliau, penduduk amat tidak berpuas hati bahawa mereka terpaksa pergi ke Kepala Batas atau tempat lain untuk mendapat kemudahan perkhidmatan.
Guan Eng berkata, rakyat tidak harus menjadi mangsa perselisihan politik yang berlaku, lebih-lebih lagi TH adalah sebahagian perkhidmatan perlu untuk umat Islam.
“Pada 25 Jun 2020, saya telah menulis surat kepada Lembaga Tabung Haji untuk membantah penutupan Pejabat Tabung Haji di Butterworth dan memohon agar pejabat itu dibuka semula bagi memberikan perkhidmatan kepada masyarakat Islam setempat.
“Pada 17 Ogos 2020, saya telah menyusuli dengan membangkitkan isu yang sama di Parlimen di depan semua barisan Menteri termasuk YAB Perdana Menteri.
”Saya difahamkan permintaan pembukaan semula pejabat Tabung Haji telah mendapat perhatian pihak atasan dan berita baik akan diumumkan nanti. Terima kasih kepada masyarakat Islam tempatan yang bersama dengan saya untuk menuntut perkhidmatan Tabung Haji disambung balik di Butterworth,” ujarnya. – MalaysiaGazette
X suka cakap pasal mandat rakyat ( yg di perolihi semasa pru14 secara tipu).
Yg jual hotel TH dan lain2 khazanah TH tu knp x nk bising lak? KRN ALASAN RUGI KAN? Dan klu kerajaan bagi alasan yg sama, jgn lah marah pulak. JGN KATA KERAJAAN MENIPU. KERJA MENIPU DAN KENCING RAKYAT NI KERAJAAN PN X BUAT TAU. Yg buat kerja tu semua( tipu,kencing rakyat dan sebar fitnah) adalah kerja PH tau.
LGE ni talam dua muka je … nak dptkan simpati kaum melayu .. porahhh
Tak usahlah nak menyibuk Lem Guen Eng oiii!
TH dibina tanpa anda, maju pun tanpa anda, jadi tak usahlah nak menyibuk! Elok fokus KES2 RASUAH kamu!
Hikmah bila umno bn tumbang.
Bangkai pemimpin umno dah terkoak.
Hikmah bila ph tumbang.
Pas hanya pandai buat slogan saja.
Bersatu muhyidin semakin dikecam & dihina.
Azmin pengkhianat pkr semakin dihina.
Pas umno bersatu masing2 nak rebut kuasa.
Tanya KM nya,kenapa Th di PP ditutup?.Bilakah ditutup dan siapakah yang benarkan ditutup dan apa sebab ianya ditutup?Sebagai KM dia harus tahu keadaan yang terhaji di negeri pentadbirannya……siapa yang meluluskan penutupannya……?.
Hikmahnya bila arif muluk bersiaran dan berkcomment,, boleh pecah belahkan parti orang melayu Islam,,, arif muluk,, arif muluk,,, tak habis2 lai kah nak comment yg negative ni,, org dah muak la nak baca kau punya comment.
Tanpa LGE pun TH terus maju jaya dan insyaAllah akan terus berjaya dimasa2 hadapan! Kami berbangga ianya dibangunkan purely 100% oleh orang2 Islam tempatan sehingga ia menjadi antara model pengurusan kewangan dikebanyakan negara2 Islam!
Jadi tak usahlah kamu LGE nak menyibuk!
p/s – DAP sangat irihati dengan kejayaan2 ini dan disebabkan itu mereka cuba untuk meruntuhkan institusi ini melalui KHADAM mereka PAN! Itu yang orang2 Islam perlu faham!
Adakh ketua menteri PP yg bkn islam itu ada hak campurtgn trhadap TH sama ada ditutup atau dibuka?..hnya pengurusan TH yg semuanya org islam dan menteri agama dibwh PN yg ada autoriti penuh trhdp TH..ini taktik ‘kerajaan regim rasist pelampau melayu islam’ PN utk mengapi2kn kebencian org melayu trhadp Dap..
betul Tn HAMID…yg bernama ARIFF muluk telah jatuh kemaluan serta menyepi bisu di Minda rakyat sejak P akatan H ancing Punahh H arapan bengong dan terperdaya NOMBOR EKOR KEPALA utk berkuasa semula pada JULAI lalu….kami sudah ada cukup no utk kembali semula????
nak nanti rci dulu kot baru nak buka.