Setiausaha Bersama Sekretariat Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa berkata Penglibatan Pas dan beberapa parti lain dalam menaja penubuhan Perikatan Nasional adalah hak parti tersebut.
Beliau berkata keputusan tersebut juga tidak bercanggah dengan memorandum persefahaman atau piagam MN dan UMNO kekal dengan pendirian tidak menjadi ahli parti baharu.
Bagaimanapun, katanya, UMNO terus bekerjasama dengan parti yang mendokong perjuangan yang selari dengan dasar perjuangan parti itu.