Home Nasional Sifar kes tempatan, satu kluster terpencil baharu

Sifar kes tempatan, satu kluster terpencil baharu

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Terdapat satu kluster baharu yang telah dikenal pasti di sebuah kapal di Bintulu, Sarawak.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyifatkan Kluster Alam adalah terpencil dan tidak membawa risiko penularan dalam komuniti kerana ianya kluster import dalam sebuah kapal.

“Setakat ini, sebanyak empat kes positif telah dikesan di atas kapal tersebut.

“Kluster ini dikesan susulan saringan Covid-19 yang telah dijalankan ke atas lima orang kakitangan kapal tersebut yang mengalami gejala.

“Daripada jumlah tersebut, empat orang didapati positif Covid-19 dan seorang masih menunggu keputusan pengesahan makmal,” katanya.

Tambah KKM, kesemua kes positif itu adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan dua warganegara Malaysia dan dua bukan warganegara yang ketika ini sedang dirawat di Hospital Bintulu, Sarawak.

Jelasnya, kapal berkenaan mempunyai sejarah perjalanan ke Jepun.

Aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat sedang dijalankan. Langkah pencegahan dan kawalan jangkitan seperti proses nyah kuman dan nyah cemar telah dijalankan di kapal tersebut.

Selain empat kes di bawah Kluster Alam, Malaysia merekodkan satu lagi kes baharu Covid-19 hari ini yang melibatkan satu kes import di Selangor yang melibatkan bukan warganegara yang tiba di Bangladesh.

Hari ini, Malaysia merekodkan sifar kes baharu penularan tempatan.- MalaysiaGazette