Home Dunia UAE berpeluang beli jet pejuang F-35

UAE berpeluang beli jet pejuang F-35

Pesawat pejuang F-35

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) mengintai peluang untuk menjual jet pejuang F-35 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE), dalam perjanjian sampingan antara UAE dan Israel, kata orang dalam industri.

Penjualan itu dilihat dapat mengurangkan kelebihan ketenteraan Israel di Timur Tengah.

AS minggu lalu mengumumkan perjanjian sepakatan antara Israel dan UAE yang mana kedua-dua negara itu akan menormalkan hubungan diplomatik dan menjalin hubungan baharu yang luas.

Presiden Donald Trump bertindak sebagai broker dalam perjanjian persepakatan tersebut.

Pada sidang media pada hari Rabu lalu, Trump memaklumkan UAE berminat untuk membeli jet pejuang F-35 buatan Lockheed Martin Corp, yang telah digunakan Israel dalam pertempuran.

“Mereka ingin membeli F-35, kami akan melihat apa yang berlaku, sedang dalam tinjauan,” ujarnya.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, adalah keperluan untuk mengekalkan keunggulan ketenteraan Israel di wilayah itu mengatakan negaranya akan menentang penjualan F-35 A.S. kepada UAE.

Sebarang penjualan F-35 boleh memakan masa bertahun-tahun untuk berunding dan dilaksanakan, memberi masa yang cukup lama kepada pentadbiran Presiden AS untuk menghentikan perjanjian itu.

Poland, pelanggan F-35 terbaharu, membeli 32 jet, tetapi tidak akan menerima penghantaran pertama sehingga 2024.

Sebarang penjualan juga memerlukan persetujuan kongres.

Sumber industri itu mengatakan prospek penjualan jet diatur dengan bantuan penasihat kanan Trump dan menantunya, Jared Kushner. – MalaysiaGazette