LISBON – Serge Gnabry muncul wira apabila meledak Bayern Munich menewaskan Lyon 3-0 pada separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di sini awal pagi tadi.
Juara Bundesliga itu akan bertemu kelab Perancis, Paris Saint-Germain pada aksi final Ahad ini.
Hanya beberapa saat selepas percubaan Toko-Ekambi tersasar, Gnabry, 25, membuka jaringan untuk Bayern pada minit ke-18 dan sekali lagi pada minit ke-33.
Gnabry yang meledak empat gol dalam kemenangan 7-2 ke atas Tottenham Hotspur di peringkat kumpulan kini mengumpul sembilan gol dalam sembilan penampilan di kejohanan itu musim ini.
Gol ketiga Bayern diperolehi menerusi Robert Lewandowski pada minit ke-55 untuknya musim ini, hadir dua minit sebelum tamat permainan.
Penyerang sensasi Poland itu terus mendahului senarai penjaring dengan 15 gol. – MalaysiaGazette