WASHINGTON – Joe Biden ketika berucap pada konvensyen secara rasmi menerima pencalonan Parti Demokrat untuk Presiden Amerika Syarikat, lapor agensi berita Sputnik.
“Saya berbangga membawa bendera parti kita ini ke pilihan raya umum. Oleh itu, dengan penuh penghormatan dan rendah hati, saya menerima pencalonan untuk Presiden Amerika Syarikat,” kata Biden pada Khamis dalam siaran langsung dari Delaware.
Biden berkata sudah tiba waktunya untuk mengakhiri kegelapan musim ini dan berikrar akan menerapkan strategi nasional bagi membendung pandemik COVID-19.- BERNAMA