KOTA KINABALU – Sejurus selepas Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Sabah mencabar pembubaran Dewan Undangan Negeri, kesemua mereka sudah mengemukakan rayuan.
Menurut peguam diwakili oleh mereka, Tengku Fuad Ahmad pihaknya sudah memfailkan rayuan dalam tempoh lima minit selepas keputusan di bacakan oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Leonard David Shim.
Sebelum itu, David Shim menolak permohonan mencabar mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap keputusan Yang Dipertua Negeri, Tun Haji Juhar Mahiruddin membubarkan DUN pada 30 Julai.
“Ada dua perkara dalam penghakiman hari ini oleh hakim mendapati terdapat satu locus standi untuk membawa kes semakan kehakiman.
“Hakim mendapati Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebenarnya telah hilang majoriti dan mempunyai dua pilihan sama ada untuk meletakkan jawatan atau membubarkan DUN.
“Apa yang kami tidak bersetuju dengan penggunaan ayat hakim iaitu nasihat dan mohon kami akan membawa ini ke Mahkamah Rayuan sebab kami tidak melihat mohon dan nasihat sebagai satu perkara yang sama.
“Notis rayuan telahpun dihantar oleh pejabat saya lima minit yang lepas keputusan. Perjuangan ini diteruskan, kami masih belum berputus asa dan anak guam saya juga tidak berputus asa,” kata Tengku Fuad kepada pemberita.
Dalam pada itu, Peguam Negeri, Brenndon Keith Soh berkata keputusan Yang Dipertua Negeri Sabah membubarkan DUN adalah tidak boleh dipertikai dalam perundangan.
Ia, katanya bukti masih ada demokrasi di Sabah ketika ini.
Sementera itu, Presiden STAR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan pula melahirkan rasa terkilan dengan keputusan mahkamah yang bertindak menolak semakan kehakiman tersebut.
Kumpulan 33 wakil rakyat itu, pada 29 Julai mendakwa mereka membentuk majoriti di dalam DUN dan mahu Juhar mengadakan majlis angkat sumpah kerajaan baharu sekali gus menumbangkan kerajaan negeri yang dipimpin Mohd Shafie.
Mohd Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna dan penyandang DUN Senallang menghalang langkah Musa dengan menasihati Juhar agar membubarkan DUN yang mempunyai 65 ahli pada masa itu, merangkumi 60 yang dipilih dan lima dilantik.
Pada Julai tahun lepas, Dewan Rakyat meluluskan usul yang membolehkan pertambahan 13 kerusi kepada DUN Sabah, menjadikan keseluruhan 73 kerusi.
Pada Isnin lalu, SPR menetapkan 26 Sept ini sebagai tarikh PRN Sabah dengan hari penamaan calon ditetapkan pada 12 September manakala hari mengundi awal pada 22 September. –MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
Dlm media beberapa kali di sebut “33 ahli Dun”…33 ahli dun ini mewakili UMNO/BN atau tidak?..jika mewakili Umno yg jga presiden Umno Sabah Bung Moktar, mengapa beliau spt sdh bersedia dng PRN? Manakala kumpuln Musa Aman 33 Adun ini semacam ‘ tidur tak basah, mandi tak lena?..Rahman Dahln pula nak minta autonomi sepenuhnya?..pelik.