Home Ekonomi Harga petrol naik, diesel turun

Harga petrol naik, diesel turun

KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 dan RON95 masing-masing naik sebanyak tiga sen seliter kepada RM2.01 dan RM1.71 seliter mulai 22 Ogos hingga 28 Ogos ini.

Manakala harga runcit diesel turun sebanyak dua sen seliter iaitu daripada RM1.82 seliter kepada RM1.80 seliter.

Kementerian Kewangan berkata, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – MalaysiaGazette