Home Dunia Indonesia tempah 40 juta vaksin koronavirus

Indonesia tempah 40 juta vaksin koronavirus

Gambar hiasan

JAKARTA -Sinovac Biotech telah menyatakan komitmen untuk memberikan hingga 40 juta dos vaksin koronavirus kepada Indonesia antara bulan November dan Mac, kata Menteri Luar Negeri, Retno Marsudi.

Indonesia menyaksikan lonjakan kes jangkitan koronavirus.

Retno berkata, Indonesia telah mengadakan perjanjian awal yang telah ditandatangani dengan Sinovac untuk pembelian dan pembekalan vaksin CoronaVac secara pukal semasa lawatannya ke China.

Bio Farma, syarikat farmaseutikal milik Indonesia akan mendapat keutamaan akses vaksin itu hingga akhir tahun 2021.

Indonesia telah mencatatkan 147,211 jangkitan koronavirus dan 6,418 kematian.

Percubaan fasa ketiga untuk CoronaVac Sinovac bermula minggu lalu di Indonesia yang melibatkan 1,620 sukarelawan.

Bio Farma yang juga terlibat dalam pengembangan vaksin menyatakan Indonesia juga memiliki kemampuan untuk menghasilkan 250 juta dos setahun pada akhir tahun 2020, tertakluk kepada percubaan ke atas manusia. – MalaysiaGazette