Home Politik Muhyiddin, Anwar dan Najib tak boleh kukuhkan kedaulatan negara – Tun M

Muhyiddin, Anwar dan Najib tak boleh kukuhkan kedaulatan negara – Tun M

Dr. Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Baik Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Datuk Seri Najib Razak – semua mereka tidak boleh mengukuhkan kedaulatan Malaysia.

Dalam temu bual Youtube dengan pelajar, Farid Aziz, bekas Perdana Menteri itu ditanya siapakah individu yang dipercayainya dapat mengukuhkan kedaulatan negara antara tiga pemimpin terkemuka itu.

“Tiada satu pun,” kata Ahli Parlimen Langkawi itu dalam sesi pertanyaan cepat tanya-cepat-jawab seperti laporan sebuah portal hari ini.

Mahathir juga ditanya tentang gabungan kerajaan yang paling kuat dan adil antara Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional.

Untuk itu, beliau menjawab: “BN pada waktu awal.”

Ketika diminta untuk menggambarkan sifat baik Anwar, Mahathir berkata, beliau bercita-cita tinggi, selain menambah bahawa bekas timbalannya itu memilih untuk bergabung dengan UMNO kerana tahu beliau tidak boleh menjadi perdana menteri jika menyertai Pas.

“Saya terima dia, saya naikkan pangkat dia sehingga dia jadi timbalan perdana menteri. Apabila saya letak jawatan, dialah akan ganti saya.

“Tetapi sebelum itu, berlaku peristiwa-peristiwa yang menyebabkan dia dihadapkan ke mahkamah dan itu menghalang kemungkinan dia jadi perdana menteri,” katanya.

Mahathir juga menggambarkan Najib sebagai pemimpin yang berbakat dan berkebolehan.

Namun, katanya, cara bekas perdana menteri itu mendapatkan populariti dalam kalangan rakyat dengan memberikan wang percuma adalah “idea yang tidak sesuai” bagi seorang pemimpin.

Dalam pada itu, Mahathir meminta belia supaya lebih terlibat dan peka dengan perkembangan negara, selain mengingatkan bahawa perbuatan mengabaikan perkara boleh dianggap sebagai melepaskan tanggungjawab.- MalaysiaGazette

4 Komen

  1. TUN MAHATHIR BOLEH MEMBERI PENDAPAT PERIBADINYA…!!! NEGARA MALAYSIA ADALAH SEBUAH NEGARA ISLAM YANG BERDAULAT DAN MERDEKA…!!! KERANA RAKYATNYA JUGAAA BOLEHLAH NAK MEMBERI PENDAPAT DAN SUARA MEREKA ASAL X MENIMBULKAN PERBALAHAN SESAMA RAKYAT MALAYSIA…!!! ( YANG MENJADI KEMUSYKILAN MAJORITY RAKYAT MALAYSIA SUNGGUH TERKILAN YANG TERAMAT2 MENYEDIHKAN SEKALIII…????? ” KENAPALAH TM MENINGGALKAN LEGASINYA PENUH DENGAN TOKOH2 POLITIK MELAYU YANG TERSOHOR TELAH TERCALAR BETUL2 DENGAN MEMBAHAM RASUAH YANG BERSEKALA MEGAAAA…??? YANG TELAH MEMBUKA MATA DUNIA PERIHAL PERANGAI PEMIMPIN POLITIK NEGARA ISLAM MALAYSIA BEGITU MENJIJIK SEKALI PERSONALITY MP2NYA YANG MENCEMARI IDENTITIES SEORANG PEMIMPIN ISLAM YANG KONONNYA MEMPUNYAI CREDIBILITY DAN INTEGRITY TAHAP HIGH PRESTIGE PROFILES…!!! “

  2. Yang sesuai idea atuk memberi duit kepada anak cucu dan kroni2… Kalau orang lain semua salah.. Rauah lah ape lah… Kalau kena kt atuk beri pd kroni2 dan anak cucu semua betol x salah… Mahathir ingat malaysia ni dia dan anak cucu dia yg punya kot…. Takut anak cucu kena siasat kena rampas harta berbilion lah ttu.. Sebab tu nak kuasa sampai mati…

  3. Tak ada yg layak konon..padahal dlm hati dia berkata hanya saya lah yg boleh mengangkat kedudukkan malaysia…ini lah contoh org yg allah swt sesat kan dgn kekuasaan dunia…ada dua saja sbb seseorang manusia di panjangkan umur..satu kesempatan utk bertaubat dan yg kedua utk menggandakan dosa2…

  4. kedaulatan negara???
    orang tua nie paham ke maksud kedaulatan negara???
    belajar dan paham dulu rukun negara sebelum nak sembang pasal kedaulatan negara,

Comments are closed.