KUALA LUMPUR – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$104.3 bilion pada 14 Ogos lalu.
Jumlah rizab itu meningkat berbanding AS$104.2 bilion pada 30 Julai lalu.
Paras rizab itu memadai untuk membiayai 8.5 bulan import tertangguh dan 1.1 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek, kata Bank Pusat. – MalaysiaGazette