Home Dunia Kebakaran California: 6 terkorban

Kebakaran California: 6 terkorban

Seorang anggota bomba membawa hos untuk memadamkan kebakaran di Boulder Creek, California. foto Reuters

CALIFORNIA – Enam orang terbunuh dalam kebakaran besar di sini yang sudah merebak sehingga barat Amerika Syarikat.

Kebakaran berlaku di pergunungan selatan dan timur San Francisco.

Ia tercetus daripada 12,000 petir yang berlaku di tengah-tengah gelombang panas.

Beratus-ratus bangunan musnah dan beribu-ribu lagi berada dalam ancaman.

Menjelang hari Jumaat, pegawai kecemasan mengatakan kebakaran meningkat dua kali ganda dari hari sebelumnya dan sekarang telah memaksa 175,000 penduduk terpaksa diselamatkan.

Lebih 10,000 anggota bomba sedang memerangi kebakaran yang kebanyakan berlaku di kawasan curam – lokasi yang sukar dilalui.

Angin kencang sukar dikawal disebabkan angin kencang.

Dua daripada kebakaran itu sekarang adalah yang ke-7 dan ke-10 terbesar dalam sejarah negeri ini, kata Gabenor Gavin Newsom dalam satu sidang akhbar ketika beliau mendesak Presiden Donald Trump untuk menandatangani perisytiharan bencana besar.

“Kami tidak pernah melihat perkara seperti ini selama bertahun-tahun,” katanya, sambil menambah kawasan seluas negara bahagian Rhode Island telah terbakar di California.

Dengan lebih 650,000 kes jangkitan koronavirus, California merekodkan kes jangkitan tertinggi di Amerika Syarikat dan beberapa penduduk juga khuatir untuk berada di kawasan penempatan sementara.

Bagaimanapun, semua penempatan sementara melaksanakan penjarakan sosial dan mewajibkan pemakaian pelitup muka. Malah setiap keluarga diberi khemah sendiri.

Setakat hari ini, lebih 1,205 batu persegi kawasan telah terbakar.

Gambar satelit menunjukkan asap menyelimuti hampir seluruh California, begitu juga sebahagian besar Nevada dan selatan Idaho.

Big Basin Redwoods State Park, taman negara tertua di California dan rumah pokok redwood yang berusia 2.000 tahun, mengalami kerosakan besar pada pembangunan bersejarah. – MalaysiaGazette