Home Politik Kumpulan Azmin bertambah kuat dengan Bersatu – Zuraida

Kumpulan Azmin bertambah kuat dengan Bersatu – Zuraida

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Azmin Ali (tengah) diiringi Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin (kanan) hadir pada Kongres Negara 2020 di usat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 22 OGOS 2020

KUALA LUMPUR – Penyertaaan bekas pemimpin PKR ke dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan menjadikan parti itu blok yang mempunyai bilangan ahli parlimen terbesar.

Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin memberitahu, kumpulan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan bertambah kekuatan bersama Bersatu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15.

“Hari ini kita harus pilih satu wadah politik untuk masuk ke gelanggang membantu parti Bersatu agar Bersatu menjadi parti dengan komponen ahli parlimen terbesar.

“Dengan adanya bangsa Cina, India Melayu, Iban, dan Kadazan ini peluang Bersatu menambah kerusi ahli Parlimen pada pilian raya umun akan datang. Ini akan menjadi kekuatan pada kita,” katanya ketika berucap pada Kongres Negara 2020, bertema Bersatu Untuk Malaysia di Pusat Perdagangan Antarabangsa hari ini .

Seramai 10 bekas ahli-ahli Parlimen PKR bersama Mohamed Azmin menyertai Bersatu secara rasmi petang ini.

Zuraida, yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata, kumpulan berkenaan cuba membentuk platform baharu namun, atas muafakat bersama ia tidak direalisasikan.

“Kita ada dalam landasan yang betul. Kita amat bersemangat untuk adakan satu platform baru, namun atas muafakat, kesepakatan kita semua bersetuju bersama Bersatu termasuk mereka yang bukan Melayu,” ujarnya.

Kata Zuraida lagi, tidak salah untuk bekas ahli PKR berubah kepada kumpulan lain kalau gabungan dan parti lama tidak lagi releven.

“Tidak salah kita berubah kalau parti lama tidak releven lagi, sudah sesat,” kata beliau yang turut berharap ahli dari partinya mengikuti jejak mereka dalam wadah perjuangan baru.

Dalam pada itu, beliau turut mengharapkan agar Mohamed Azmin diberikan tempat dan kedudukan dalam Bersatu menerusi penyertaan mereka. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Hanya MP saja yg masok bersatu bersama beberapa kerat ahli dan penyokong ..mana mungkin ada kekuatan untuk pru 15 nt ..jangan2 nk harapkan jentera parti sekutu saja ..

  2. JANGANLAH TERLUPA BAHAWA ” KUASA VETO DAN SUARA KERAMAT RAKYAT BAWAHAN MALAYSIA JAUH LEBIH SUPER POWERFUL KERANA JATUH BANGUN SESERORANG PEMIMPIN POLITIK MELAYU SEKARANG INILAH BERADA DALAM GENGGAMAN QADHA DAN QADAR ALLAH SWT….!!! ” OVER CONFIDENT COULD BE MEALTY DOWN…!!!!! WHEN GREEDY’S LEADERSHIP’S TO CONTROL EMPIRE’S TERRITORY TO KEEP ITS OWN SECRET POWERS….??? “

  3. Perjuangan yang iklas kerana Allah pasti akan selamat ,jalankan amanah diberi dengan ikhlas .

Comments are closed.