Home Seni Hidup Markah 60 peratus untuk Ajai kerana gila viral

Markah 60 peratus untuk Ajai kerana gila viral

Ajai (kanan) yang dilantik sebagai juri tetap memberikan markah terendah sebanyak dua peratus Hafiz Zainal.

KUALA LUMPUR – Pelakon Khir Rahman memberi markah 60 daripada 100 peratus kepada tindakan penyanyi dan komposer, Ajai selepas menonton ulang siar program Big Stage 2002.

Khir juga memberi markah dua peratus kepada Ajai kerana dilihat kurang matang ketika menjadi juri program itu.

“Saya tonton ulang siar Big Stage 2020. Secara peribadi saya berikan 2/100 markah untuk Ajai dari sudut kematangan manusiawi.

“60/100 daripada sudut gila viral,” tulisnya menerusi ciapan di Twitter miliknya.

Minggu lalu, pada minggu pertama Big Stage 2020, Ajai yang dilantik sebagai juri tetap bersama Dayang Nurfaizah dan Faizal Tahir memberikan markah terendah dalam sejarah kepada Hafiz Zainal ketika menyanyikan lagu Fly Me To The Moon.

Markah itu dinilai berdasarkan persembahan dan vokal setiap peserta yang turut melakar sejarah markah terendah dari juri dalam mana-mana pertandingan realiti di Malaysia.

Sementara itu, Juara Big Stage 2020 akan membawa pulang wang tunai RM100,000, tempat kedua dan ketiga bakal meraih RM50,000 dan RM25,000.

Bigstage 2020 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) setiap hari Ahad jam 9 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).

Big Stage 2020 ditaja oleh Adabi dengan kerjasama Kinohimitsu selaku penaja bersama. – MalaysiaGazette