Home Politik PRN Sabah: Annuar, Ahmad dilantik Ketua Koordinator

PRN Sabah: Annuar, Ahmad dilantik Ketua Koordinator

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bercakap kepada media selepas Program Ramah Mesra bersama Pengundi India sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N58 Slim di Bilik Gerakan IPF Kampung Baru, Slim River, Perak. foto AFFAN FAUZI, 23 OGOS 2020

SLIM RIVER – Barisan Nasional (BN) melantik Setiausaha Agungnya, Tan Sri Annuar Musa dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan sebagai Ketua Koordinator Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada bulan depan.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pelantikan itu diputuskan bagi membantu jentera pilihan raya BN Sabah bersama rakan-rakan parti lain.

Beliau yang juga Presiden UMNO berharap rundingan pembahagian kerusi selesai selewat-lewatnya seminggu sebelum hari penamaan calon.

“Oleh kerana rakyat dan pengundi Sabah amat rindu BN, maka kami harap lambang BN akan digunakan semula.

“Jika ada parti mahu kerjasama dengan BN guna lambang masing-masing, kita akan runding untuk memastikan hanya pertandingan dua penjuru sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas beramah mesra bersama pendudukan India di Bilik Gerakan IPF di di Kampung Baru di Slim di sini hari ini.

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi beramah mesra dengan pengundi masyarakat India selepas Program Ramah Mesra bersama Pengundi India sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N58 Slim di Bilik Gerakan IPF Kampung Baru, Slim River, Perak. foto AFFAN FAUZI, 23 OGOS 2020

Ahmad Zahid menambah, BN akan membentuk satu gabungan parti seperti LDP, SAPP dan PCS  supaya terdapat pakatan besar hanya dengan parti politik di negeri itu.

Jelas beliau, BN akan mengemukakan perjanjian baharu melalui menisfesto bagi pengundi di Sabah.

“MCA juga sebahagian komponen BN dan akan pertimbang untuk turut libat dalam pembahagiaan kerusi. Saya yakin dengan Pengerusi BN Sabah, Datuk Bung Moktar Radin yang diberi kepercayaan untuk melakuuan koordinasasi bagi PRN Sabah,” katanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Cakap jer UMNO/BN Sabah diberi autonomi. Apa pun “orchestra conductor” nya masih Kuala Lumpur.

    Mungkin mereka tak faham erti autonomi sehingga terlupa buat perincian mengenainya.

Comments are closed.