Home Pendapat BN di depan, calon bebas bakal kecundang?

BN di depan, calon bebas bakal kecundang?

Penduduk menunggang motosikal melalui laluan yang dihiasi bendera dan calon Barisan Nasional ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N. 58 di sekitar kawasan Slim River, Perak. foto AFFAN FAUZI, 22 OGOS 2020.

SLIM RIVER – Suasana kempen di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim masih belum terasa bahangnya walaupun sudah memasuki minggu kedua

Biarpun ada kelihatan poster dan bendera warna biru tua di kawasan tertentu, ia tidak mampu memberi kemeriahan setiap kali menjelang PRK.

Perang poster dan bendera dilihat kurang menyengat sama ada di pihak Barisan Nasional (BN) yang diwakili calon Mohd Zaidi Aziz manakal dua lagi calon Bebas iaitu peguam, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi dan bekas guru S Santharasekaran.

Ketiga-tiga calon ini dilihat lebih selasa mengadakan ceramah dalam skala kecil, lawatan mesra dan ziarah kasih dari satu kawasan ke kawasan lain di samping memanfaatkan teknologi menerusi media sosial.

Penduduk menunggang motosikal melalui jabatan yang terdapatnya bendera Barisan Nasional dan poster calon bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N. 58 di sekitar kawasan Slim River, Perak. foto AFFAN FAUZI, 22 OGOS 2020.

Pendekatan itu juga bagi mematuhi nasihat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar semua pihak bertanding dapat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Barang kali budaya perang poster dan bendera kini sudah ketinggalan zaman kerana dunia digital lebih hebat untuk memberi impak.

Menambah suasana tenang, masyarakat Slim tidak kira golongan tua dan muda menjalani kehidupan seperti biasa kecuali pada hujung minggu lalu.

Ini kerana aliran trafik hanya sedikit sesak dengan kehadiran pemimpin utama UMNO, Barisan Nasional (BN) dan Pas serta beberapa menteri Kabinet.

Apatah lagi meredah cuaca yang tidak menentu sekejap hujan dan boleh bertukar panas terik, Slim kekal aman seperti sebelum hari pengenalan calon yang mula dibanjiri oleh orang luar.

Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan bersama calon Barisan Nasional (BN) ,Mohd Zaidi Aziz beramah mesra dengan sebahagian penduduk semasa sesi walkabout sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N. 58 sekitar kawasan Pekan Slim River, Perak. foto AFFAN FAUZI, 21 OGOS 2020.

Menilai mengenai calon, cuma Mohd. Zaidi tetap energetik, membara dan bertenaga yang menenggelamkan lawannya, Santhasekaran.

Seorang lagi calon Bebas yang mewakili Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), Amir Khusyairi pula bernasib baik apabila beliau juga sedikit ke depan.

Bekas ahli Bersatu itu mendapat sokongan kuat daripada bakal Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan bekas pemimpin Bersatu lain serta pemimpin Pakatan Harapan (PH) seperti DAP dan Amanah.

Cuma tidak kelihatan pemimpin PH yang hadir memberi sokongan kepada Amir kecuali Ahli Parlimen Tanjung Malim, Chang Lih Kang.

Menjelang lima hari keluar mengundi, BN bagaikan menang sebelum bertanding dan Bebas kecundang sebelum masuk gelanggang. – MalaysiaGazette

Bekas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir (kanan) bersama calon bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi (kiri) menunjukkan kebolehan semasa gimik perlawanan futsal sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.58 Slim di FELDA Gunung Besout 3, Sungkai, Perak. foto FAREEZ FADZIL, 23 OGOS 2020.

3 Komen

Comments are closed.