Home Nasional Isu peta Filipina: Sabah sebahagian daripada Malaysia selama-lamanya – Hishammuddin

Isu peta Filipina: Sabah sebahagian daripada Malaysia selama-lamanya – Hishammuddin

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

KUALA LUMPUR – Sabah merupakan sebahagian daripada Malaysia untuk selama-lamanya.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, beliau telah mejelaskan pendirian Malaysia sebelum ini dan tiada persoalan mengenainya.

“Malaysia tidak mengiktiraf sebarang tuntutan (negara) asing ke atas Sabah,” katanya menerusia akaun Twitter hari ini.

Hisahmmuddin menyatakan demikian bagi mengulas laporan media Filipina bahawa Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Negara Dewan Perwakilan negara itu telah meluluskan rang undang-undang yang membolehkan peta negara tersebut memasukkan kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) sejauh 200 batu dan Sabah dalam pasport negara itu.

Wakil Bandar Cagayan de Oro, Rufus Rodriguez berkata, langkah tersebut menyaksikan percetakan peta pada pasport negara itu ‘menyasarkan untuk memberi penekanan dan penegasan tentang kajayaan kita ke atas Laut Filipina Barat terhadap China di Tribunal Timbang Tara Antarabangsa di the Hague, Belanda dan hak perundangan dan sejarah kita ke atas Sabah’.

“Penyertaan itu (EZZ dan Sabah) pada peta dokumen perjalanan merupakan kenyataan yang tegas bahawa kami menegaskan hak kedaulatan kami terhadap Laut Filipina Barat dan EEZ kami,” kata Rodriguez dalam kenyataan.

Menurut Hishammudin,seperti yang beliau pernah nyatakan di Parlimen sebelum ini, Sabah sentiada sebahagian daripada Malaysia. – MalaysiaGazette

Kerajaan Sabah minta pendirian tegas Wisma Putra berhubung isu Peta Filipina