Home Nasional Tiada ada Kluster Prasarana, tumpu kembalikan keyakinan rakyat

Tiada ada Kluster Prasarana, tumpu kembalikan keyakinan rakyat

Bekas Presiden Prasarana, Muhammad Nizam Alias . foto AZADI MOHAMAD ISKANDAR.

KUALA LUMPUR – Meskipun berhadapan dengan cabaran Covid-19, namun Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) tidak  berputus asa.

Sebaliknya syarikat itu komited untuk mengembalikan keyakinan masyarakat untuk selamat menggunakan pengangkutan awam, kata Ketua Pegawai Operasi Kumpulan (Operasi) Prasarana, Muhammad Nizam Alias.

Menurutnya, keselamatan pengguna adalah keutamaan syarikat berkenaan bukan lagi keuntungan semata-mata.

“Fokus Prasarana sehingga hujung tahun ini adalah kebajikan pengguna dijaga selari dengan kerajaan ingin memastikan rakyat terbela dan kos kehidupan mereka terjamin.

“Kami akan pastikan kebersihan bas dan rail kami kekal terjaga. Pengguna masih ramai rasa risau kami di Prasarana bahawa keselamatan mereka terjamin, sekarang ini.

“Alhamdulillah tidak ada lagi Kluster Prasarana, kita harap ia akan kekal,” katanya ketika membentangkan pencapaian Prasarana tahun 2019 dan pertengahan pertama tahun ini di sini hari ini.

Ujar Muhammad Nizam, sekiranya keyakinan masyarakat berjaya dikembalikan secara tidak langsung pendapatan Prasarana akan turut meningkat.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan sebanyak 302,052 pas perjalanan tanpa had, MY30 terjual dalam tempoh  15 Jun hingga 20 Ogos 2020.

“Meskipun salah satu inisiatif kerajaan ini dilihat tidak membawa jumlah besar namun kami di Prasarana diberikan amanah melaksanakan MY30 memberi satu makna besar walaupun tidak seperti inisiatif kerajaan yang lain kerana ia sangat bagus dan berpatutan untuk pengguna,” ujar beliau.

Dalam pada itu, Prasarana juga akan terus menghebahkan promosi My30 ini dari masa ke semasa.

Untuk rekod, Insentif MY30 yang terkandung dalam Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) itu memberi penjimatan sehingga lebih 60 peratus kepada pengguna pengangkutan awam di sekitar Lembah Klang.-MalaysiaGazette