Home Nasional Kuarantin: Khairuddin ke Bukit Aman

Kuarantin: Khairuddin ke Bukit Aman

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali. foto FAREEZ FADZIL, 04 OGOS 2020.

KUALA LUMPUR – Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Mohd. Khairuddin Aman Razali dipanggil ke Bukit Aman esok berhubung siasatan pelanggaran perintah kuarantin selepas pulang dari Turki pada 7 Julai lalu.

Perkara itu disahkan Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid.

Ditanya sama ada Khairuddin akan dipanggil ke Bukit Aman esok, Mior hanya menjawab “Ya”, ketika dihubungi FMT.

Pada hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya hanya mengetahui perkara itu melalui laporan media yang disiarkan pada minggu lalu.

Sebelum ini, Khairuddin dikompaun RM1,000 selepas didapati melakukan kesalahan bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020. – MalaysiaGazette