KUALA LUMPUR – SNAP, platform penerbangan dan hotel AirAsia.com menawarkan Promosi Istimewa SNAP Hari Rabu bagi terus meningkatkan pelancongan domestik dan menyokong perniagaan tempatan.
Promosi Istimewa SNAP Hari Rabu ini akan berlangsung pada setiap hari Rabu dari jam 10 pagi hingga 2 petang (GMT +8) di laman web AirAsia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia.
Pada setiap minggu, AirAsia menampilkan resort mewah terpilih dengan tambang yang berpatutan seperti tawaran pertama pada 26 Ogos 2020 ini iaitu Vivanta by Taj – Rebak Island, sebuah resort bertaraf lima bintang di Langkawi, termasuk penerbangan pergi balik dan penginapan hotel selama tiga hari dua malam bermula hanya RM99 seorang.
Hotel-hotel mewah lain yang turut serta dalam Promosi Istimewa SNAP Hari Rabu akan diumumkan pada setiap minggu di halaman Facebook AirAsia dan AirAsia.com.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia.com Karen Chan berkata, tawaran ini adalah peluang keemasan untuk menikmati percutian mewah di AirAsia.com.
“Menerusi pelancaran Promosi Istimewa SNAP Hari Rabu, kami berharap usaha ini akan terus menyumbang kepada peningkatan pelancongan domestik dan memberikan pengalaman percutian berpatutan kepada rakyat Malaysia.
”Kami memilih Langkawi sebagai destinasi pada minggu ini, dan kami akan memperkenalkan tawaran yang sama di destinasi domestik yang lain tidak lama lagi. Kami juga berharap untuk bekerjasama dengan rakan hotel yang lain untuk menawarkan nilai terbaik,” katanya.
Promosi Istimewa SNAP Hari Rabu hanya tersedia untuk hotel yang telah ditentukan terhad mengikut bilik dan tempoh penginapan.
Pakej ini sah untuk jenis bilik terpilih dengan penginapan minimum selama dua malam dan sebarang tambahan akan dikenakan pada harga semasa, dan tertakluk kepada terma dan syarat lain. – MalaysiaGazette