Rundingan kerusi di antara Barisan Nasional (BN) dengan parti-parti sahabat di Sabah bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kini sudah selesai sehingga 80 peratus setakat ini.
Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa bagaimanapun enggan mendedahkan pecahan kerusi yang akan ditandingi BN dan parti-parti Sabah bagi menentang calon-calon daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) itu dengan pertandingan satu lawan satu.
“Soal siapa bertanding di mana itu Datuk Seri Bung Moktar Radin diberikan mandat dan beliau sedang memuktamdkan (pembahagian kerusi) malah malam tadi pun beliau sudah memberi saya laporan.