Home Seni Hidup Tiada CCTV rakam kejadian haiwan dianiayai – Polis

Tiada CCTV rakam kejadian haiwan dianiayai – Polis

Polis sehingga kini hanya menerima satu laporan polis berhubung kejadian haiwan dipanah pihak tidak bertanggungjawab sejak video itu ditularkan baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Polis sehingga kini hanya menerima satu laporan polis berhubung kejadian haiwan dipanah pihak tidak bertanggungjawab sejak video itu ditularkan baru-baru ini.

Ketua Polis Brickfields, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zainuddin @ Hilmi berkata, selepas laporan diterima, polis juga telah melakukan siasatan di lokasi kejadian.

“Namun siasatan di lokasi mendapati tiada sebarang rakaman CCTV (kamera litar tertutup) di lokasi kejadian (Taman Persekutuan Bukit Kiara) yang mana video penganiayaan haiwan itu ditularkan.

“Setakat ini masih belum ada suspek dan juga tiada sebarang tangkapan dibuat oleh pihak polis,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Bagaimanapun tambah Zairulnizam, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengesan dan menangkap suspek yang terlibat.

Justeru, polis Brickfields menyeru kerjasama orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kes berkenaan agar menyalurkan maklumat kepada pengawai penyiasat kes Inspektor Safwan di talian 019-381 1029. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Polis siasat video penganiayaan haiwan