Home Dunia Covid-19 : China bebas daripada jangkitan tempatan

Covid-19 : China bebas daripada jangkitan tempatan

SHANGHAI – China melaporkan 15 kes jangkitan baharu Covid-19 pada 25 Ogos berbanding 14 kes sehari sebelumnya, kata Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan.

Pihak berkuasa kesihatannya memaklumkan semua kes baharu itu adalah kes import – hari ke-10 berturut-turut tanpa jangkitan tempatan.

Jumlah kes jangkitan keseluruhannya adalah 84,996 dengan angka kematian kekal 4,634.

Sebanyak 14 kes bergejala dilaporkan, susut daripada 16 kes sehari sebelumnya.

China tidak mengesahkan kes bergejala sebagai jangkitan Covid-19. – MalaysiaGazette