Home Dunia Kes jangkitan koronavirus di Perancis menurun

Kes jangkitan koronavirus di Perancis menurun

Perancis melaporkan 19,348 kes baharu COVID-19 pada Jumaat menjadikan jumlah kumlulatif kes di negara itu sebanyak 2.6 juta, lapor agensi Anadolu.

PARIS – Kementerian Kesihatan Perancis melaporkan sebanyak 3,304 jangkitan koronavirus baharu, jauh di bawah paras tertinggi harian yang dilihat minggu lalu.

Kebanyakan mereka yang dijangkiti adalah golongan muda dan kebanyakannya tidak menunjukkan simptom.

Jumlah jangkitan baharu melebihi 1,995 pada hari Isnin – hari yang secara tradisinya menunjukkan penurunan, tetapi tetap jauh di bawah rekod pasca sekatan pergerakan sebanyak 4,897 dan di bawah 3,600 kes yang dilaporkan pada separuh kedua minggu lalu.

Jumlah kumulatif meningkat kepada 248,158, bersama dengan 30,544 kematian, termasuk 16 kes dalam 24 jam terakhir, sementara jumlah pesakit yang berada di hospital akibat Covid-19 susut sebanyak 90 orang ke paras rendah baharu berbanding 4,000 orang.

Jumlah pesakit yang di rawat di Unit Rawatan Rapi meningkat 11 kepada 410 dan kini kembali ke tahap yang terakhir dilihat pada akhir bulan Julai, tetapi tetap jauh di bawah paras tertinggi lebih dari 7,000 pada awal April.

Ahli epidemiologi mengatakan tekanan yang agak terhad di hospital disebabkan virus ini aktif dalam kalangan orang muda, yang biasanya menunjukkan sedikit atau tidak ada gejala penyakit pernafasan.

Tetapi peningkatan jangkitan dalam kalangan orang dewasa dalam peringkat permulaan, kata Kementerian Kesihatan dalam tinjauan terbarunya. – MalaysiaGazette