Home Nasional KPM ambil tindakan terhadap portal tawar UPSRx, PT3x

KPM ambil tindakan terhadap portal tawar UPSRx, PT3x

JPN Selangor Ministry of Education (MOE) teacher rape jokes SMK Puncak Alam Ain
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap sebuah portal yang telah menawarkan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Khas (UPSRx) dan Pentaksiran Tingkatan 3 Khas (PT3x) yang akan diadakan secara dalam talian pada bulan September dan Oktober 2020.

Dalam satu kenyataan di sini KPM berkata, pihaknya memandang serius perkara itu kerana melanggar Akta Pendidikan 1996 (Akta 550).

KPM pada 15 April 2020 telah mengumumkan bahawa peperiksaan UPSR dan PT3 bagi tahun 2020 dibatalkan.

”KPM menasihatkan agar orang ramai, terutama ibu bapa kepada murid Tahun 6 dan Tingkatan 3 merujuk portal rasmi KPM di http://www.moe.gov.my/ dan portal Lembaga Peperiksaan di http://lp.moe.gov.my/ bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih mengenai peperiksaan yang dilaksanakan oleh KPM,” katanya. – MalaysiaGazette