Home Seni Hidup Nora jadi nenek pada usia 46 tahun

Nora jadi nenek pada usia 46 tahun

Foto Instagram Nora.

KUALA LUMPUR – Penyanyi, Nora Ariffin kini bergelar nenek selepas anak sulungnya, Syakir Iman menimang cahaya mata pertama pada hari ini.

Menerusi laman sosial Instagramnya, Nora, 46, meluahkan rasa syukur atas kurniaan amat bernilai itu.

“Subhanallah… MasyaAllah… Alhamdulillah… segala puji hanya bagi Allah.

“Saya sangat gembira dan bersyukur diatas kurniaan ini. Gembiranya hanya Allah yang tahu. Hari ini 26 Ogos hari bersejarah,” tulisnya.

Nora turut memberitahu menantunya Eilya Sofea dan bayi lelaki yang diberi nama Ayden Johan itu berada dalam keadaan baik.

Malah, dia juga berkata, kelahiran itu pasti menjadi berita gembira kepada suaminya Johan Nawawi jika allahyarham masih hidup.

“Pa….kita dah dapat cucu dah. Kalau abang masih hidup, mesti abang happy sangat. Baby selamat, sihat, semangat, cute dan macam Iman. Sama macam kita sambut Iman dulu,”ujarnya.

Penyanyi lagu Sandiwara itu juga mengucapkan tahniah kepada keluarga menantunya dan berharap bayi berkenaan dapat menambah kebahagiaan dalam keluarga mereka.

“Tahniah kepada anak dan menantu saya, sesungguhnya anak itu anugerah dan amanah dari Allah. Moga kehadiran Ayden Johan bakal menambah lagi seri dan kebahagiaan dalam keluarga sederhana kami”

“Moga Allah memberkati kami semua dunia akhirat,” ujarnya.

Sementara itu, Nora juga mendoakan cucunya itu bakal menjadi anak yang baik dan soleh seperti Allahyarham suaminya.

Untuk rekod, Mohd Syakir Iman, 27, berkahwin dengan wanita pilihannya, Eilya Sofea Azman pada 12 Januari 2019. – MalaysiaGazette

+ posts