PRK SLIM : Saya Akan ‘Tutup Mata’ Dengan Rasa Gembira – Mohamad Hasan

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan meluahkan impiannya yang sekian lama telah tercapai sebelum beliau meninggal dunia.

Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau itu berkata, beliau kini berasa amat gembira kerana dua parti Melayu terbesar telah bersatu dan dapat duduk bersama.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu memberitahu, penyatuan tersebut membolehkan orang Melayu tidak dapat dikalahkan lagi biarpun ada cabaran mendatang. “Saya amat sukacita dan kalau tidak panjang umur kerana ajal maut kita tidak tahu, saya amat gembira dan hasrat telah tercapai.