Home Politik PRK Slim: Tun M turun berkempen esok

PRK Slim: Tun M turun berkempen esok

Bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad

SLIM RIVER – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dijadual turun berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Slim) esok – dua hari terakhir menjelang hari pengundian pada Sabtu ini.

Jemputan mengenai kehadiran bakal Pengerusi Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) itu mula diterima pihak media pada hari ini.

Menerusi jemputan itu, Mahathir yang juga bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan hadir di dua program iaitu Sepetang Bersama Tun Dr Mahathir di Pusat Bandar Felda Besout 3 pukul 5 petang.

Perdana menteri keempat dan ketujuh juga dijadual hadir pada Ceramah di Pusat Industri Ringan di Trolak Utara.

Bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad menyampaikan watikah pelantikan sebagai calon bebas kepada Peguam, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi pada Majlis Memperkenalkan Calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) N. 58 Slim di Slim Permata, Slim, Perak. foto AFFAN FAUZI, 12 OGOS 2020.

Sepanjang kempen PRK, calon bebas yang mewakili Pejuang itu, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi banyak dibantu sokongan anak Mahathir yang juga bakal presiden parti, Datuk Seri Mukhriz.

Namun kemunculan parti kompon Pakatan Harapan (PH) dari DAP dan Amanah turut membeli kelebihan kepada Amir. Bagaimanapun kelibat pemimpin PKR tidak kelihatan kecuali Ahli Parlime Tanjung Malim, Chang Lih Kang.

Pada 12 Ogos lalu, Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi mengumumkan parti baharu dikenali sebagai Pejuang ketika majlis memperkenalkan calon parti tersebut. – MalaysiaGazette