TERKINI : Tren Prasarana Selamat Tiba Naiki Pesawat Kargo ke 2 Terbesar Dunia

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mencipta sejarah baharu apabila empat gerabak daripada 27 tren baharu Bombardier Innovia 300 tiba di sini petang tadi.

Pesawat Antonov 124-100 yang membawa tren itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 1 tengahari.

Penerbangan yang menggunakan pesawat kargo kedua terbesar dunia itu mengambil masa selama tiga hari untuk sampai ke Kuala Lumpur dari Plattsburgh, Amerika Syarikat (AS) dengan melakukan beberapa persinggahan untuk mengisi bekalan bahan bakar.

Pengerusi Kumpulan Prasarana, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata, kos untuk memiliki 27 unit tren baharu di bawah projek KLAV (Kuala Lumpur Additional Vehicle) berjumlah RM1.7 billion yang mana syarikat itu telah menerima dua unit tren.