Home Politik Salah maklumat tu YB Tun

Salah maklumat tu YB Tun

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika hadir pada Program Sepetang Bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.58 Slim di Pusat Bandar FELDA Gunung Besout 3, Slim River, Perak. foto FAREEZ FADZIL, 27 OGOS 2020.

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa menegur kesilapan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad apabila beliau mendakwa bahawa Majlis Tertinggi UMNO memutuskan akan bertanding di semua kawasan yang ditandingi oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Bekas perdana menteri itu dalam catatan di laman sosial hari ini turut berkata, UMNO juga mahu bertanding di kerusi yang ditandingi oleh parti itu dalam pilihan raya sebelum ini biar pun wakil rakyatnya di situ telah melompat masuk ke dalam Bersatu. 

Menurut Annuar, Majlis Tertinggi UMNO tidak pernah memutuskan begitu.

“Salah maklumat Tu YB TUN…MKT Umno tak putuskan begitu…,” katanya dalam ciapan di laman Twitter.

Mengulas lanjut, Annuar berkata, BN berunding secara adik-beradik demi menyatukan Muafakat Nasional dan menewaskan DAP serta mereka yang berpakat membantu DAP.

Dr Mahathir dalam catatan bertajuk Selamat Tinggal menulis UMNO juga akan bertanding di kerusi parti itu kalah sedikit atau tempat kedua dari segi jumlah undi.

Lantas beliau menyoal: “Jadi Bersatu nak bertanding di mana?” – MalaysiaGazette

8 Komen

  1. Semua kerusi bersatu adalah kawasan umno, kecuali dr geng Azmin…jd di mana bersatu nk bertanding nnti??

  2. Tun kecewa tubuh parti baru yang dipengerusikan dia dan berpresidenkan anaknya PUNtakda ahli parlimen lompat masuk.dia menaruh harapan supaya ada yang lompat untuk berjuang bersama pejuang.dah dekat sebulan ni xda pulak yang terbaru.jadi dia buat spekulasi untuk meracuni pemikiran rakyat untuk menyertai partinya.itu salah satu cara promosi untuk melariskan sesuatu produk yang diperkenalkan.

Comments are closed.