Home Dunia Taufan Laura dijangka mengganas

Taufan Laura dijangka mengganas

Penduduk di tepi pantai membina bentang bagi menahan banjir kilat susulan taufan Laura yang bakal melanda Texas dan Louisiana. foto Agensi

LOUISIANA – Pusat Taufan Nasional (NHC) memberi amaran kepada seluruh penduduk di sini dan Texas supaya segera membuat persiapan bagi menghadapi taufan Laura.

Taufan tersebut dijangka menyebabkan ribut, angin kencang dan banjir kilat.

Pada masa ini Laura telah Laura ditingkatkan menjadi taufan kategori 4, yang semakin menghampiri pantai Texas dan Louisiana .

Setengah juta penduduk telah dimaklumkan untuk berada di tempat selamat.

Taufan Laura dan Marco sebelum ini telah melanda Caribbean hingga mengorbankan 24 orang.

Ribut Marco telah pun melanda Louisiana dengan membawa angin kencang dan hujan lebat pada Isnin lalu.

Pada mulanya, dua taufan itu dibimbangi melanda Louisiana dalam waktu 48 jam antara satu sama lain – peristiwa yang belum pernah terjadi sebelumnya – tetapi kedudukan Marco kini diturunkan menjadi ribut tropika.

Sebaliknya, Laura telah meningkat dengan pesat dari kategori 3, dengan kekuatan 70% hanya dalam 24 jam, dinaikkan kepada menjadi Kategori 4, dengan kekuatan angin maksimum berkekuatan 220km/j.

Pada awal hari Rabu, NHC mengatakan gambar satelit menunjukkan Laura bertambah buruk kerana berisiko menjadi  “taufan yang hebat”.

Dalam satu siri Tweet, ia mengatakan Laura dijangka membawa “bahaya yang mengancam nyawa” ke beberapa bahagian pantai Teluk Mexico.

Rumah yang dibina dengan baik boleh mengalami kerosakan besar, pokok-pokok boleh tumbang serta gangguan bekalan elektrik dan air selama berhari-hari atau mungkin  berminggu-minggu, katanya.

“Ribut angin dan angin kencang juga akan melanda kawasan pedalaman bahagian timur Texas dan barat Louisiana awal Khamis,” tambah NHC.  – MalaysiaGazette