Pakatan Harapan (PH) hari ini memberitahu tidak semua 101 projek rundingan terus yang disebut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz adalah dibawah pemerintahan PH.
Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata daripada keseluruhan projek itu, sejumlah 31 projek yang bernilai RM1.753 bilion merupakan projek yang diwarisi kerajaan Barisan Nasional (BN).
“Kebanyakan projek rundingan terus ini bukan inisiatif baru daripada PH tetapi adalah projek yang diwarisi zaman BN.