TERKINI : ‘Covid-19’ Bomba Masih Jalankan Sanitasi di Tempat Awam – Datuk Seri Hamdan Wahid

PUTRAJAYA – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) masih lagi menjalankan aktiviti sanitasi di tempat-tempat awam dalam usaha mencegah penularan pandemik Covid-19 di negara ini.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid memaklumkan, sebanyak 10 aktviti sanitasi telahpun dibuat sebelum ini dengan melibatkan enam negeri dan akan berterusan.