Home Nasional Mazlina mengaku cuai kendalikan kad kredit Zahid

Mazlina mengaku cuai kendalikan kad kredit Zahid

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir bagi perbicaraan kes Yayasan Akalbudi di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.foto HAZROL ZAINAL, 28 OGOS 2020.

KUALA LUMPUR – Saksi utama pendakwaan kes perbicaraan rasuah jutaan ringgit membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi hari ini membuat pengakuan pernah cuai dalam mengendalikan kad kredit milik tertuduh.

Saksi ke-90, Mejar Mazlina Mazlan@Ramly menguruskan beberapa keping cek Yayasan Akalbudi bagi pembayaran kredit kad milik Presiden UMNO itu ketika berjawatan sebagai Setiausaha Eksekutif kepada Ahmad Zahid selama hampir tujuh berkhidmat.

Mazlina mengaku dirinya cuai dengan membuat pembayaran kad kredit melebihi daripada jumlah yang sepatutnya dengan menggunakan cek yayasan itu ketika sesi soal balas dengan peguambela, Datuk Ahmad Zaidi Zainal hari ini.

Menariknya ketika disoal balas, Mazlina mengaku dirinya tidak memiliki kad kredit sendiri namun arif sekali dengan setiap perbezaan antara pemegang kad prinsipal dan pemegang kad suplementari.

Ahmad Zaidi: Adakah anda tahu jika ikut prosedur membayar kad kredit, cuma perlu satu cek untuk satu penyata. Adakah kamu tahu atau tidak? Tak perlu keluarkan dua atau tiga cek untuk satu penyata?

Mazlina: Tahu Yang Arif.

Ahmad Zaidi: Merujuk kepada satu penyata kad kredit bertarikh 28 Dis 2013 yang mempunyai jumlah baki semasa (jumlah sepatutnya perlu dibayar) sebanyak RM65,153.32 namun Puan Mazlina membayar lebih iaitu RM71,283.17 dalam dua cek berasingan iaitu yang benilai RM63,701.52 dan RM7,581.65.

Mazlina: Ya, benar.

Ahmad Zaidi: Anda tahu itu adalah kecuaian kamu?

Mazlina: Ya, saya setuju.

Ahmad Zaidi: Dalam penyataan saksi, Puan Mazlina ada beritahu Datuk Seri Zahid merupakan seorang yang teliti, sekiranya teliti beliau tidak membenarkan pembayaran itu bayar lebih.

Mazlina: Tidak setuju.

Ahmad Zaidi: Puan Mazlina tidak pernah menunjukkan penyata kad kredit dan cek pembayaran kepada Datuk Seri Zahid.

Mazlina: Ya, saya tidak pernah tunjuk cek-cek kepada Datuk Seri Zahid.

Dakwa Mazlia dirinya membuat pembayaran menggunakan cek pada 9 Januari 2014 iaitu lapan hari lebih awal daripada tarikh akhir 17 Januari 2014

Sementara itu, ditanya Ahmad Zaidi jika cop tandatangan Ahmad Zahid digunakan untuk cop sijil dan kad jemputan secara lambak jawab saksi; ‘Ya’.

Mazlina tidak bersetuju dengan peguam bahawa Ahmad Zahid membenarkannya menggunakan cop tandangan untuk sekali sahaja.

Ketika di soal adakah Ahmad Zahid telah membenarkannya menggunakan cop pada cek Yayasan Akalbudi adalah anggapannya, Mazlina menjawab ini adalah arahan yang jelas.

Ahmad Zaidi: Adakah itu arahan hanya blanket approval semata-mata?

Mazlina: Ya, Yang Arif.

Selasa lalu, Mazlina memberitahu mahkamah Ahmad Zahid membenarkannya menggunakan cop tandatangan tertuduh pada cek-cek Yayasan Akalbudi bagi pembayaran bil kad kredit pada tahun 2014.

Ketika ini Ahmad Zahid sedang berdepan dengan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.