Home Ekonomi Petrol naik satu sen, diesel turun dua sen

Petrol naik satu sen, diesel turun dua sen

KUALA LUMPUR- Harga runcit petrol RON95 dan RON97 naik satu sen seliter menjadikan masing-masing RM1.72 sen dan RM2.02 seliter bagi tempoh 29 Ogos 2020 sehingga 4 September ini.

Bagaimanapun, harga runcit diesel turun dua sen seliter kepada RM1.78 seliter berbanding RM1.80 seliter sebelum ini.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuai bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.- MalaysiaGazette