Home Dunia PM Abe dijangka umum peletakan jawatan petang ini

PM Abe dijangka umum peletakan jawatan petang ini

Shinzo Abe. foto Agensi

TOKYO – Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dijangka meletakkan jawatan berikutan kesihatannya yang makin merosot.

Perkara tersebut disampaikan sumber yang rapat dengan parti pemerintah pada Jumaat.

“Peletakan jawatan beliau adalah muktamad,” kata sumber berkenaan.

Abe bertarung dengan penyakit ulcerative colitis sejak beberapa tahun lalu dan telah dimasukkan ke hospital sebanyak dua kali dalam tempoh seminggu telah menimbulkan persoalan sama ada beliau boleh kekal memegang jawatan berkenaan hingga tamat tempoh iaitu pada September tahun depan.

Beliau dijadualkan membuat sidang media pada jam 5 petang ini.- Agensi