Home Seni Hidup Saya bodoh, tak bertanggung jawab langgar PKP- Ally Muhriz

Saya bodoh, tak bertanggung jawab langgar PKP- Ally Muhriz

Meera Alyaan Muhriz

KUALA LUMPUR- Anak bekas Menteri Besar Kedah, Meera Alyaana Muhriz menyatakan kekesalannya atas sikapnya bersama suami yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada 21 Ogos lalu.

Jelasnya, beliau ke kelab tersebut bagi meraikan ulang tahun kelahiran seorang sahabat sebelum diserbu polis pada jam 1.30 pagi kerana beroperasi melebihi waktu yang dibenarkan.

Meer Alyaan bersama 29 pengunjung yang lain telah diambil keterangan dan kira-kira jam 5.30 pagi telah dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 dan dibenarkan pulang.

Bayaran denda telah dilunaskan empat hari kemudian, katanya.

“Melanggar PKPP bukan sahaja tindakan bodoh saya tetapi sangat tidak bertanggung jawab ketika pandemik sedang melanda negara.

“Saya sangat malu dengan tindakan tersebut yang turut mengheret sama nama baik keluarga, sahabat-sahabat serta anda semua.

“Tiada alasan yang boleh diberikan di atas tindakan ini dan anda berhak untuk kecewa kerana saya juga begitu.

“Saya selalu cuba untuk menunjukkan teladan yang baik kepada orang lain tetapi usaha ini masih belum cukup.

“Saya mesti dan akan melakuan yang lebih baik. Saya berharap suatu hari nanti, saya mampu membuktikan kepada anda semua,” katanya melalui satu hantaran di Instagramnya hari ini.

Meera Alyaana yang terkenal dengan panggilan Ally Muhriz itu juga menyanjungi sikap profesionalisme dan adil pegawai serta anggota polis yang mengendalikan kes beliau dan suaminya.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Mukhriz sahkan anak dan menantu ditahan polis

7 Komen

  1. Ni lahi sekor betina x sedar diri.. Yg bapak ngn tokwan hg tu punyalah oecah kepala dok pikiaq masalah negara yg dia boleh buat perangai terencat akal mcm tu.. Await tak telan ais sampi kojol ja.

  2. Knp tak ckp yang Ko ni Satu keluarga bodoh Piang. Letak undang2 dan Ugama kat Bontot. Inilah dia klu hidup bertuhankan duit. Hang kena ingat bukan semua manusia dpt hidup 95 tahun mcm Atok ko tu. Entah esok entah lusa kita pergi menghadap ilahi. Takkan nak mengadap tuhan nak pakai baju seksi tu. Simpanlah sikit bodoh tu.

  3. Denda $1000 jer? Kenapa tak dakwa di mahkamah? Anak Zahid Hamidi yg langgar PKP pun kena dakwa di Mahkamah Putrajaya…ni tak adil…double standard!

  4. Atuk dan abah ada hati nk pimpin rakyat…tgok cermin dlu lah oi..cucu dan anak pun tak boleh dipimpin tunjuk jalan ke masjid ada hati pula nak pimpin negara..haha tunjuk jln ke pub boleh lah.

  5. Orang tak berminat nak tahu pasal isu langgar PKPP, itu biashe2!

    Orang nak tahu lebih lanjut berkenaan tabiat MABUK anda/suami tu, itu luar biashe!

  6. Dia dan suami dia kena pergi jumpa menteri agama atau persiden pas sebab mungkin dia diberi makan dan minum dari sumber yang tidak jelas halal dan haramnya. Sebab itu dia minum arak. Atau mungkin dia ambil dadah macam anak mat sabu. Mana tau.

  7. Baguslah kalau dia rasa malu dan bersalah. Semoga dia dan suami akan menjadi insaf dan bertaubat.

Comments are closed.