Keputusan yang diambil itu juga bermakna 23 tahun karier penuh dengan warna-warni dinikmati Barry sudah sampai ke penghujungnya.
Berselang seminggu kemudian, dia turut mendapat kepercayaan pengurus ketika itu, John Gregory untuk beraksi pada perlawanan terakhir EPL bertemu Arsenal.
Bermula musim berikutnya, Barry terus menjadi sandaran utama buat Aston Villa dan dari situlah kariernya semakin berkembang sehingga menjadi pemain yang membuat penampilan terbanyak dalam sejarah EPL dengan 653 penampilan.
Dia mampu untuk menambah jumlah tersebut pada musim baharu ini apabila WBA kembali dinaikkan pangkat ke saingan utama di England itu namun mungkin Barry merasakan sudah sampai masanya untuk dirinya mengundur diri.
Sepanjang kariernya, Barry telah beraksi bersama empat kelab berbeza iaitu bermula dengan Aston Villa dan kemudiannya dipancing Manchester City, Everton dan yang terakhir, WBA.
Kempen 2019/20 menyaksikan beliau hanya mampu membuat enam penampilan bersama WBA di mana tiga daripadanya pada aksi EFL Championship dan aksi bertemu Newcastle United dalam saingan Piala FA merupakan antara salah satu penampilan dinikmatinya pada musim ini.
Antara kenangan manis Barry dalam kariernya ialah kejayaan menjulang trofi EPL pada musim 2011/12 dan Piala FA 2010/11 ketika beliau menyarung jersi Manchester City. – MalaysiaGazette