Home Ekonomi Guan Eng mahu moratorium pinjaman dilanjut 6 bulan lagi

Guan Eng mahu moratorium pinjaman dilanjut 6 bulan lagi

Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa melanjutkan moratorium pembayaran pinjaman bank selama enam bulan lagi susulan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga 31 Disember ini.

Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng terkejut apabila Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menyatakan lanjutan bantuan rakyat dalam pakej rangsangan tambahan dengan lanjutan PKPP itu

Ia, katanya akan memberi kesan buruk kepada pekerjaan, perusahaan kecil dan sederhana serta pengilang.

“Perdana menteri perlu sedar lanjutan PKPP akan membawa kesan negatif kepada ekonomi yang perlu diatasi dengan bantuan kewangan.

“Jaminan pandemik Covid-19 di bawah kawalan lebih meyakinkan pekerja dan perniagaan kecil, jika langkah kewangan turut diumumkan untuk segera memulihkan ekonomi kita daripada kemelesetan sekarang.

“Ternyata tambahan RM45 bilion diperlukan untuk suntikan dana RM45 bilion sedia ada (jumlah RM90 bilion) bagi menyelamatkan bukan saja pekerjaan rakyat, PKS tetapi juga pengeluar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Setiausaha Agung DAP itu juga menggesa Putrajaya tidak menunggu sehingga tahun depan untuk mengumumkan langkah bantuan kerana menyelamatkan pekerjaan dan perniagaan perlu menjadi keutamaan.- MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Lim Guan Eng Ni layak dah menjawat status Apek Songlap jadi rakyat harus faham nyanyuk sebelum usia tapi “ilmu menipu dan mengencing” amat power sampai mampus.

Comments are closed.