Home Utama Saya pun tak tahu tak boleh mengundi pakai seluar pendek – Ismail...

Saya pun tak tahu tak boleh mengundi pakai seluar pendek – Ismail Sabri

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berbual bersama pengundi pada hari pengundian sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N.58 Slim di hadapan Sekolah Kebangsaan Aminuddin Baki, Slim River, Perak. foto FAREEZ FADZIL, 29 OGOS 2020

SLIM RIVER – Persetujuan antara Majlis Keselamatan Negara dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak melibatkan etika pemakaian pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, etika pemakaian seperti tidak membenarkan memakai seluar pendek adalah di bawah kuasa SPR.

“Tidak, itu peraturan SPR saya pun tidak tahu sebenarnya. Itu SPR. Saya cuma jaga SOP Akta Akta Pencegahan dan Pengawalan Berjangkit 1988 (Akta 342).” katanya ketika ditemui hari ini.

Beliau diminta mengulas insiden beberapa pengundi warga emas tidak dibenarkan masuk ke pusat pengundian di Sekolah Kebangsaaan Aminuddin Baki di sini pagi ini untuk proses pengundian kerana memakai seluar pendek.

Mereka dihalang masuk oleh pihak polis di pintu sekolah itu keluar dalam keadaan marah dan tidak berpuas hati.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, persetujuan MKN dan SPR mengenai SOP hanya melibatkan cadangan waktu mengundi.

Namun jelas beliau, SOP itu hanya sekadar galakan dan bukan kewajipan untuk pengundi mematuhinya.

“Saya difahamkan ada kes pengundi tidak dibenarkan masuk ke pusat mengundi kerana datang tidak ikut jadual ditetapkan.

“SOP telah dipersetujui oleh saya dengan SPR, itu hanyalah galakan pergi ikut masa ditetapkan, supaya ttidak beratur panjang kalau semua pergi.

“Tapi itu bukan kemestian yang diwajibkan tapi digalakkan. Maknanya kalau mereka tidak ikut masa, mereka mesti dibenarkan masuk.

“Saya harap SPR tidak mengenakan tindakan yang salah dari segi SOP yang dipersetui mereka masih perlu di benarkan,” katanya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Warga emas marah tak dibenarkan mengundi kerana pakai seluar pendek