Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijangka akan menyampaikan titah diraja sempena sambutan Hari Kebangsaan 2020, Isnin depan.
Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah, majlis penyampaian titah tersebut mencatat sejarah tersendiri apabila ia merupakan kali kedua disampaikan Yang di-Pertuan Agong sejak hari kebangsaan di sambut negara ini.