Home Dunia Dua ekor singa baham tuan

Dua ekor singa baham tuan

West Mathewson bersama dua ekor singa peliharaannya. foto Agensi

CAPE TOWN – Seorang ahli konservasi Afrika Selatan maut dibaham oleh dua singa putih yang dibelanya.

Kejadian itu berlaku semasa West Mathewson, 69, berjalan dengan dua singa betina putih pada Rabu lepas, salah satu haiwan menyerang dan membunuhnya tanpa amaran, kata keluarganya pada hari Khamis.

Kejadian itu berlaku di premis Lion Tree Top Lodge milik keluarga, di Limpopo, utara Afrika Selatan.

Dikenal sebagai “Uncle West”, Mathewson telah membesarkan singa itu sejak haiwan itu masih kecil dan biasa berinteraksi dengan mereka.

Isteri Mathewson, Gill, 65, memandu di belakang suaminya ketika singa itu menyerang.

“Dia berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan suaminya tetapi tidak dapat melakukannya,” kata peguam keluarganya, Marina Botha dalam satu kenyataan.

Pada 2017, kedua singa putih itu dilaporkan melarikan diri dari pondok dan membunuh seorang lelaki yang bekerja di sebuah rumah jiran, Ngama Lodge.

Mathewson berkata, pada masa itu singa-singa berkenaan tidak agresif dan dia berjalan bersama haiwan itu tiga hingga empat jam sehari.

Singa-singa itu buat masa ini telah dipindahkan sementara ke sebuah kemudahan bagi menunggu keputusan mengenai masa depan haiwan-haiwan tersebut dibuat.

Keluarga Mathewson memberi jaminan bahawa singa-singa itu akan “dilepaskan ke lingkungan terbaik yang tersedia bagi mereka”.

Mathewson dipercayai menyelamatkan singa-singa berkenaan daripada “perburuan” di daerah tertutup atau dibiakkan untuk diburu.

West Mathewson adalah ahli pemuliharaan terkenal di Afrika Selatan. – MalaysiaGazette