KUALA LUMPUR- Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mempertikaikan mengapa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak mengambil sebarang tindakan ke atas Timbalan Menteri Pertahanan yang menulis surat sokongan untuk melantik anaknya sebagai ahli lembaga pengarah Pharmaniaga Bhd.
Menurut Ahli Parlimen Bagan itu, tindakan Ikmal Hisham Abdul Aziz jelas salah guna kuasa, rasuah dan nepotisme yang dakwanya adalah amalan yang sedang berlaku dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).
“PN mungkin berharap agar skandal Timbalan Menteri Bersatu merangkap Ahli Parlimen Tanah Merah mencadangkan pelantikan anak sendiri boleh dilenyapkan, tetapi isu ini tidak akan reda sehingga siasatan dan tindakan diambil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Setakat ini, tiada apa-apa berita mahupun perkembangan terbaru daripada SPRM tentang isu ini.
“Semua orang adalah sama di sisi undang-undang, tidak kira seorang VIP ataupun seorang rakyat biasa, tidak kira penyokong kerajaan ataupun sebaliknya.
“SPRM harus mengambil tindakan segera terhadap Ikmal untuk menunjukkan bahawa mereka tidak mengamalkan dasar pilih kasih,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah Guan Eng, Ikmal bukan sahaja telah mengaku menulis surat sokongan tersebut malah turut mengaku ianya adalah satu tindakan yang salah dan menarik semula surat berkenaan.
Justeru katanya, tiada keraguan untuk SPRM menyiasat dan mengambil tindakan. – MalaysiaGazette
go 4it now hot spicy chicken
Apek dah gila terbayang Sg Buloh difasa pertama laki-bini Dan berikutnya anak akan menyusul. Disebabkan itulah dia meroyan cari orang lain untuk bersamanya.
Stop pointing at others when you’re in trouble..is that the way you’re thinking to cover youself, apek . You’re so so damn stupid,you should’ve pointed at them even before they did that to you..
Kasihan masih percaya fitnah umno & pas.
Itulah sbb nya dakwah islam gagal.
Ulama menggunakan agama sebagai kuda tunggangan.
Walaun yg ada peringkat phd syariah pun terikut sama.
Gelaklah ketua2 syaitan.
Ada kawan mereka nanti.
haaa…sape2 pun boleh tulis surat bodoh! tapi dia dapat ke jawatan tu? Yang kes surat ko kpd Tommy Thomas utk tarik balik pembekuan akaun towkey Cina tu ko tak nak tanya SPRM?? haaaa bebal punya manusia
Tidak ada salahnya dgn ‘surat sokongn’..ini budaya MNNO, budaya cash is king’ sdh diterima oleh rakyt sejk dulu..i help you,,you help me’ tak boleh dipisahkn daripda Dna UMNO..Dap parti cina apa tahu benda ni, Dap belum tahu apa itu ‘politik naungan’ ,,sbb tu tumbang 22 bulan, sbb tak rajin ‘tabur dedak’ pada rakyt..
Sg Buloh Prison Inn still waiting fir youlah, Guan Eng the perompak…