LONDON – Leeds mengesahkan kelab itu telah mendapatkan pemain antarabangsa Sepanyol, Rodrigo dari Valencia dengan rekod perpindahan kelab.
Leeds mengumumkan penyerang itu menandatangani perjanjian empat tahun di Elland Road.
Pendatang baharu Liga Perdana itu dilaporkan membayar sekitar £30 juta (RM166.84 juta) kepada Valencia.
Pemain berusia 29 tahun itu teruja menyertai kelab berkenaan dan tidak sabar bekerja dengan Marcelo Bielsa, yang digambarkan sebagai seorang daripada jurulatih terbaik dalam bola sepak.
“Saya mahu membantu pasukan mencapai sasaran musim depan,” katanya di akaun Twitter kelab.
Rodrigo yang boleh bermain sebagai pemain sayap atau penyerang menghabiskan karier remaja di Celta Vigo dan Real Madrid sebagai pemain sebelum berhijrah ke Benfica. – MalaysiaGazette