KUALA LUMPUR – Satu kluster baharu terpencil (isolated) telah dikenalpasti Kementerian Kesihatan melibatkan kakitangan yang bertugas dalam sebuah kapal di Pelabuhan Port Dickson, Negeri Sembilan.
KUALA LUMPUR – Kementerian Kesehatan Malaysia (KKM) mengenalpasti satu kluster baharu terpencil yang melibatkan kakitangan yang bertugas dalam sebuah kapal di Pelabuhan Port Dickson, Negeri Sembilan.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kapal terbabit mempunyai sejarah perjalanan dari Pelabuhan Singapura.
Katanya, seramai 34 orang krew kapal yang bertugas dalam kapal itu telah disaring pada 28 Ogos lalu bagi tujuan sign-in dan sign-off kapal dan empat daripadanya dikesan positif Covid-19 manakala enam individu negatif virus sementara 24 lagi individu sedag menanti keputusan saringan.
“Kes positif Covid-19 kluster (Bunga) ini melibatkan dua orang warganegara Malaysia dan dua bukan bukan warganegara yang mana keempat-empat kes positif ini tidak bergejala dan pada awalnya dikuarantin di sebuah hotel di Selangor.
“Setelah dikesan positif, mereka dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh, Selangor dan tidak membawa risiko penularan jangkitan di dalam komuniti kerana ia merupakan kluster import yang terpencil di sebuah kapal.
“Langkah pencegahan dan kawalan jangkitan seperti proses nyah kuman dan proses nyah cemar telah dijalankan di kapal tersebut sementara punca jangkitan masih disiasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, Dr. Noor Hisham memberitahu, terdapat pertambahan satu kes baharu dilaporkan bagi Kluster Tawar di Kedah menjadikan jumlah kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster itu adalah sebanyak 74 kes.
Katanya, sehingga pukul 12 tengahari, seramai 16,462 orang telah disaring dalam kluster Tawar itu dan di Kedah sahaja serangan 15,917 individu telah disaring.
“Hasilnya 63 daripadanya dikesan positif Covid-19 manakala 12, 597 individu pula negatif sementara seramai 3,257 lagi individu masih menunggu keputusan ujian saringan.
“Di Pulau Pinang seramai 534 disaring bagi kluster Tawar yang mana 11 kes dikesan positif dan 523 individu lagi dikesan negatif.
“Perak terus kekal dengan 11 ujian saringan yang mana kesemuanya menunjukkan keputusan negatif dan tiada saringan baharu dilaksanakan,” katanya.
Dr. Noor Hisham berkata, bagi Kluster Telaga pula satu kes baharu (kes ke-9340) dilaporkan di Kedah.
“Dua kes positif itu membabitkan melibatkan kakitangan hospital (kes ke-9284 iaitu kes indeks dan kes ke-9334) namun hasil siasatan lanjut mendapati terdapat dua lagi kes positif Covid-19 yang telah dilaporkan sebelum ini (kes ke-9306 dan kes ke-9291) didapati juga merupakan kontak rapat kepada kes indeks.
“Ini menjadikan jumlah kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini sebanyak lima kes.Sehingga 12 tengahari ini, seramai 735 orang telah disaring dalam kluster ini dan lima kes dikesan positif Covid-19 dan 730 individu negatif,” katanya. – MalaysiaGazette