Home Politik Rundingan pembahagian kerusi antara UMNO, Bersatu, Pas sedang rancak berjalan – Annuar

Rundingan pembahagian kerusi antara UMNO, Bersatu, Pas sedang rancak berjalan – Annuar

KUALA LUMPUR – Rundingan pembahagian kerusi untuk pilihan raya sedang rancak berlaku antara UMNO, Bersatu dan Pas ketika ini.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa berkata, rundingan itu melibatkan pelbagai peringkat dan lapisan pemimpin.

“Ia usaha muafakat demi MENEWASKAN DAP-PH menerusi pertandingan SATU LWN SATU.

“Sementara rundingan berjalan dlm harmoni,terdengar suara2 sumbang di pinggiran.STAY FOCUS,DEMI KEJAYAAN,” katanya menerusi akaun Twitter hari ini.

Dalam pada itu, Annuar turut berkongsi beberapa keping gambar yang memaparkan beberapa pemimpin dalam rundingan itu, antaranya bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Selain itu terdapat juga gambar yang menunjukkan pimpinan tertinggi dalam mesyuarat BN.

Beberapa hari lalu, Annuar mendedahkan rundingan kerusi di antara BN dengan parti-parti sahabat di Sabah yang dilakukan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah hampir selesai.

Annuar bagaimanapun enggan mendedahkan pecahan kerusi yang akan ditandingi BN dan parti-parti Sabah bagi menentang calon-calon daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) untuk pertandingan satu lawan satu. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Parti Taliban Pas tdk layak bertanding di sabh sarawak..mulut sundalmu menghina kitab agama mejoriti di borneo ibarat awak menempah kain kapanmu sendiri di malysia timur yg merupakan ‘rakan setaraf malaya melalui MA63 dlm pembentukan negara Malaysia..

  2. Yang kata orang Taliban itu 9 jari2 nya kata dia yg Taliban. Ko cakap macam indon yg cuba berlakon jadi rakyat Malaysia. Pee la balik imdon… Tak sudi tengok muka ko kat sini

Comments are closed.