TERKINI : KPKT Tetap Mahu Kematian Adib Dibela – Ismail Muttalib

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) tetap mahukan pembelaan terhadap kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim yang terkorban dalam insiden rusuhan di kuil tahun lalu.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata, pihaknya berterima kasih kepada kerajaan kerana mengizinkan siasatan semula dilakukan oleh pihak polis berhubung kes tersebut bagi menentukan siapa yang bersalah dalam insiden yang meragut nyawa Adib.