Home Dunia Bekas Presiden India Pranab Mukherjee meninggal dunia

Bekas Presiden India Pranab Mukherjee meninggal dunia

bekas Presiden India Pranab Mukharjee meninggal dunia pada 84 tahun.

NEW DELHI – Bekas Presiden India, Pranab Mukherjee menghembuskan nafas terakhirnya hari ini pada usia 84 tahun.

Beliau dimasukkan ke hospital dan menjalani pembedahan otak sebelum terlantar koma dan meninggal dunia.

Pranab dikejarkan ke hospital pada 10 Ogos lalu untuk pembedahan pembekuan darah pada otak.

Namun dia mengalami jangkitan kuman pada paru-paru sekaligus memburukkan  keadaan kesihatannya.

Pagi tadi, Hospital Penyelidikan Tentera India yang merawat bekas presiden itu, dalam kenyataan rasmi memaklumkan bahawa Pranab dalam keadaan tenat selepas mengalami jangkitan paru-paru.

Beliau terlantar di hospital berkenaan selama 21 hari dalam keadaan kritikal setelah menjalani pembedahan otak dan disokong alat bantuan pernafasan.

Pranab juga dikesan positif Covid-19 selepas dimasukkan di hospital itu pada 10 Ogos lalu untuk pembedahan otak . – MalaysiaGazette