Home Ekonomi Harga minyak dunia terus melonjak

Harga minyak dunia terus melonjak

Gambar hiasan. Foto Reuters

MELBOURNE – Harga minyak naik dalam awal dagangan hari ini, selepas merekodkan kerugian semalaman selepas para pelabur berpaling kepada aset-aset risiko dan dolar pula menjunam lebih daripada paras rendah dua tahun.

Kontrak hadapan Brent melonjak sebanyak AS$0.27 kepada AS$45.55 setong pada 0055 GMT manakala West Texas Intermediate pula naik AS$0.21 kepada AS$42.82 setong.

Kedua-dua penanda aras kontrak itu jatuh 1% pada hari Isnin susulan kebimbangan mengenai lebihan bekalan minyak dengan permintaan global kekal di bawah paras praCovid-19.

Dolar susut 0.04% kepada 92.146 berbanding bakul mata wang lain selepas merekodkan mencapai paras tertinggi sejak Mei 2018, meneruskan kejatuhan susulan polisi Rizab Persekutuan selepas pengumuman inflasi minggu lalu. – MalaysiaGazette

+ posts