Home Politik Perubahan kerajaan melalui demokrasi berparlimen, bukan tebuk atap – Hadi Awang

Perubahan kerajaan melalui demokrasi berparlimen, bukan tebuk atap – Hadi Awang

Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR – Enam bulan selepas berkata kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah kerajaan tebuk atap, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi hari ini tampil menafikan dakwaan itu.

Katanya langkah membentuk kerajaan PN adalah melalui sistem demokrasi berparlimen yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Perubahan dibuat melalui demokrasi berparlimen bukan pintu belakang, tebuk atap, tidak.

“Melalui Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat, mempunyai jumlah Ahli Parlimen yang cukup dan melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan prinsip perlembagaan dan melalui proses demokrasi yang betul,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama Konvensyen Setengah Tahun Pentadbiran PN, di Rumah Persatuan Alumni UM, hari ini.

Hadir sama adalah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mac lalu, media melaporkan Abdul Hadi dipetik berkata, kerajaan yang dibentuk oleh PN dibuat secara tebuk ikut atap bukan kerajaan ikut pintu belakang.

Kenyataan itu dibuat Hadi dalam perutusan yang disiarkan melalui Facebook yang mana beliau sebelum itu menyeru seluruh ahli Pas supaya bersyukur kerana Allah mengurniakan mereka peluang untuk mengambil alih kerajaan

“Ini adalah untuk mengambil alih pemerintahan melalui atap, bukan oleh pintu belakang. Tebuk atap,” kata Hadi pada 10 Mac lalu. – MalaysiaGazette

 

1 Komen

  1. Nyanyuk dah presiden taliban ni..Injil sudah ‘terpesong’..tunggu dan lihat saja siapa otak yg dah ‘terpesong…Ahmad deedat seorg ‘ pendebat’ terulung islam,.beliau ‘menghina keprcayaan kristen’ di Australia’ sewktu debatnya dinegara itu ‘dihari Paska(hari kebesaran kristen)..tiada kristen Australia yg cuba membunuhnya..dua minggu sesudah itu, dedaat strok rebah tak mampu bercakap dan berjalan selama 9 tahun dgn penuh kesengsaraan diatas katil…

Comments are closed.